Thursday 24 July 2014

IKTIBAR DARI MEKAH



ANGKARA MLUT,BALASAN PUN TIBA:



Asalamualaikum semua,hari ni tanggal 23 julai 2014,penulis ingin menceritakan beberapa kisah yang berlaku di mekah.penulis akan menceritakan tentang apa yang berlaku ke atas jemaah haji ini.Tujuan saya menceritakan kisah ini bukan la untuk membuka aib si peserta haji.Tapi,saya ingin rakyat malaysia semua jadikan sebagai teladan dan pengajaran yang wajar.harap-harap semua jangan la menuduh saya penyebar aib.saya ingin mengongsikan kisah ini.Lagipun,dlm kisah ini saya tidak menggunakan nama yang sebenar.



     
      Mungkin sudah biasa kita dengar  nasihat kepada para jemaah haji atau pun umrah.kalau berada di sini kena jaga mulut.tetpi,bukan mudah untuk menjaga mulut kita.kadang2 kita akn terlepas ckp jugak.Inilah kisah nya.




KISAH  1:


-Sepasang suami isteri yang berasal dari sebuah kampung di pahang.Umur mereka lebih kurang dalam lingkungan 60-an.SI  isteri asyik merungut sejak datang ke tanah suci.pendek kata,semuanya serba tak kena.Sewaktu kami berada di Madinah,dia sering merungut tentang makanan yang disediakan.Kononya,makanan tak sedap la".Eeee......tak lalu la nak makan di sini.Tak selera aku!"Begitulah  omelan yang keluar dari mulutnya. Kuasa tuhan,sesampainya kami di mekah,walaupun disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang enak-enak,si isteri tadi hilang selera makan.Langsung tak dijamahnya makanan yang disediakan.Bukan itu saja,pernah satu hari van yang menghantar jenazah berhenti sedikit jauh dari kawasan pintu masjid.Apa lagi,si isteri yang turun daripada van menjadi berang.dimaki hamun pemandu itu walaupun orang itu bukan orang Malaysia dan tidak faham bahasa melayu.

          Hei,hantar la sampai depan masjid.Patah kaki aku nak berjalan jauh-jauh ni!jeritnya tanpa rasa bersalah.Sayan ysng mendengar suara suaminya menegur perbuatanya agar menjaga tingkah laku .Tetapi,teguran si suami tidak diendahkan.Usai solat zohor,par jemaah  pulang ke bilik masing-masing selepas menjamu selera.Begitu juga dengan si isteri tadi.Si isteri yang kononya ingin menyejukkan badan  yang kepansasn,berhrak ke bilik mandi.Entah mana silapnya,dia jatuh terlentang.Saya mendapat tahu apabila  ada seorang jemaah wanita memberi tahu si isteri itu patah tanganya.Ada juga saya terdengar jemaah lain yang kebetulan duduk sekampung denganya terbisik-bisik sesuatu.Kata mereka ini  mungkin balasan kerana tidak menjaga tingkah laku di tanah suci ini.wallah u'alam.




KISAH:2


      Kejadian kedua pula berlaku pada tahun 2010.Hari terakhir kami di mekah,sebelum pulang ke Malaysia,saya didatangi oleh tiga sekawan yang datang dari selatan tanah air.saya namakan mereka dengan fatimah,salmah dan auni(ketiga-tiga nma ini bukan nama sebenar).Mereka bertiga merupakn sahabat baik.Itu kali pertama salmah ke tanah suci."Hajah,hari ini kamai bertiga tak nak buat umrah.Kami nak beli nasi arab  dan makan kat hotel.bukan apa,nasi arab kat sini sedap.Begitulah kata  fatimah kepada saya.Ketika mereka di Masjidil haram untuk menunaikan tawaf sunat, salmah berkata,"Ya ALLAH ramai nye orang tawaf macam ulat tahi dah"."Eh,mah apa ko cakap ni.kita dalam masjid ni jaga mulut sikit."bidas fatimah yang kurang senang dengan kata salmah.salmah balas lagi,betul la apa aku kata macam ulat tahi .Malas nak melayan kerenah salmah mereka bertiga meneruskan tawaf sunat.Selepas solat zuhur,seperti biasa mereka akan ke hotel,tiga sahabt ini makan tengah hari bersama. mereka bertiga makan nasi arab yang dibeli


      ketika salmah membuka bungkusan nasi arab itu.Alangkah terkejutnya,apabila nasi arabnya berulat.Sedangkan kawan2 nya tiada pulak.Sewaktu pekerja itu membungkus makanan tidak pulak nampak ulat.Lagipun,jika ada ulat mestilah pekerja nasi arab itu akan menggantikan yang baru.Mereka bertiga hanya mampu berdiam saja.Betullah kata orang mulut perlu dijaga ketiak berada di sini.




Sampai di sini sajah tulisan saya kali ini.Sebenarnya banyak lagi cerita iktibar dari mekah ni tapi penulis ada kerja lain selepas ni...harap-harap pembaca semua dapat mengambil iktibar daripada kisah-kisah tadi.Insyaallah.

No comments:

Post a Comment