Friday 25 July 2014

HUKUM MENIUP LILIN KETIKA HARI LAHIR

        Asalamualaikum semua,tanggal 25 julai 2014,penulis ingin mengongsikan satu topik yang menjadi tanda tanya segelintir masyarakat yang beragama islam.Soalan itu ialah bolehkah kita sebagai umat islam meniup lilin sempena hari lahir atau hari jadi?Bolehkah,nak tahu jom lihat jawapannya.
#JOMTAHU



Jawapan:



     Hari lahir atau hari jadi  juga disebut merupakan hari ulang tahun merupakan hari di mana seorang dilahirkan ,menandakan hari dimulai ehidupan di luar rahim.Dalam beberapa kebuadayaan,ia merupakan suatu kebiasaan untuk merayakan peringatan hari lahir seseorang .Contohnya, dengan mengadakan hari ulang tahun bersama keluarga dan rakan.


    Seringkali majlis sambutan yang diadakan secar besar-besaran,penuh kemeriahan dengan upacara memotong kek,meniup lilin diikuti dengan majlis tarian dan sebagainyaSemuanya bukan daripada ajaran islam dan bukan budaya melayu.


   Justeru,sebahagian ulama berpendapat sambutan hari jadi,khususnya dengan mengadakan upacara meniup lilin,menyanyi dan menari dalam keaadan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan adalah haram kerana ia merupakan perbuatan meniru budaya orang bukan islam.Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang meniru satu kaum,maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut(Riwayat Abu Daud)".


APA YANG HENDAK DIRAIKAN?



     Namun,ada yang mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tidak nas mengenainya,melarang.Oleh itu,perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan yang diadakan.Jika tujuan tujuannya ntukbersuka ria dan berpesta dan seumpamanya,maka timbul persoalan apa hendak diraikan?


        Hari jadi bermakna usia kita telah bertambah dan jangka hayat makin kurang.Apakah setahun yang lalu kita telah isi dengan ketaatan sehingga kita rasa bebar-benar gembira,maka kita pun mengadakan pesta?JIka benar kita telah isi setahun yang lalu dengan penuh kebaikan dan taat pada perintah ALLAH,maka kita patu rasa gembira dan bersyukur.Tanda syukur ialah dengan cara mengadakan meningkatkan amal soleh kita,bukan dengan cara mengadakan sambutan yang tidak selari dengan ajaran islam.Sebaliknya,jika setahun yang lalu kita cuai dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada ALLAH,maka kita patut berasa insaf,bertaubat dan perbaiki diri agar hari-hari mendatang.Jika usia kita masih panjang kita isi dengan amal soleh dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan lebih akrab.





HARI MUHASABAH


         Kesimpulannya,hari lahir patut dijadikan hari muhasabah diri sejauh mana kita telah berbakti kepada yang maha pencipta yang memberikan kehidupan kepada kita.Anak-anak patut merenung jasa ibu bapa,bertambah usia kita bermakna bertambah budi mereka dalam menjaga dan mendidik kita.Adakah kita telah membalasnya?

       

         Tidak sepatutnya dijadikan budaya di mana hari lahir adalah hari kita menanti dan menagih hadiah,terutama daripada ibu bapa yang memang terlalu banyak berkorban untuk kita.Sebaliknya kita yang sepatutnya memberi hadiah kepada mereka kerana tidak putus-putus menjaga,mendidik dan mengasihi kita sehingga ke usia yang kita capai sekarang ini.


Sekian daripada penulis.Moga-moga sedikit info ini dapat emberi manfaat kepada semua pihak.Asalamualaikum semua.






#JOMTAHU#

No comments:

Post a Comment